Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas dirinya berhubung isu klip video VK Lingam.
Katanya ketika insiden dan rakaman itu dibuat, beliau masih berada di penjara Sungai Buloh.
"Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'.
Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007.
Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.
Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment