Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan merampas secara tidak langsung kuasa raja-raja Melayu dalam soal pentadbiran urusan agama.
Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, perkara tersebut berlaku apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Halal Industry Development Corporation, mengambil alih tanggungjawab persijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sebuah akhbar harian melaporkan 30 April lalu, semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Jakim kini diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
"Dengan pengambilalihan tugas ini juga bermakna HDC turut bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal Malaysia termasuk bagi produk dari negara luar yang menggunakan logo Jakim," kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Menurut Mahfuz, soal pengesahan dan persijilan halal hakikatnya berada di bawah tanggungjawab majlis agama negeri-negeri yang diketuai Raja-Raja Melayu.
"Majlis agama negeri-negeri telahpun bersetuju bahawa Jakim menjadi badan tunggal yang mengeluarkan sijil halal.
"Hari ini, HBC rampas kuasa raja-raja Melayu," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bila HBC diperbadankan, bilakah akta untuk memperbadankan HBC dibentangkan.
"Apakah status HBC? Betulkan ia (sebuah perbadanan) atau (hanya) syarikat?" beliau mempersoalkan.
-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment