13 May 2008

Hari terakhir MP bahas titah Agong

Hari ini adalah hari terakhir Dewan Rakyat memberi peluang kepada mana-mana ahli parlimen yang akan berbahas menjunjung kasih titah yang di-Pertuan Agong.

Sehingga kini, hanya 41 orang sahaja ahli parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan sejak Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-12 yang bermula 30 April lalu.

Perkara itu diberitahu oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dato' Pandikar Amin Mulia sebaik sahaja sidang perbahasan bermula kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Memandangkan ramai lagi ahli parlimen yang akan berucap, Speaker menggunakan peraturan mensyuarat yang menghadkan masa 15 minit bagi setiap ahli parlimen untuk berucap.

Bermula esok (14 Mei) setiap menteri bagi kementerian masing-masing akan bergilir menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen.

Sesi giliran menjawab itu akan dimulakan dengan Kementerian Kewangan, Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Perdagangan Antara Bangsa dan Industri dan termasuklah 21 lagi kementerian yang lain.
http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment