24 May 2008

Pistol di bengkel kereta

Dua lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan sepucuk pistol di bengkel kereta tempat mereka bekerja di Kampung Kota, Jalan Pasir Mas-Salor di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC II Amir Hamzah Ibrahim berkata pistol jenis Glock 34 ditemui tersorok di bengkel itu apabila sepasukan anggota cawangan jenayah menggeledah bengkel berkenaan setelah menerima maklumat daripada orang ramai.

"Mereka yang ditahan di bengkel kereta itu berusia antara 31 dan 41 tahun dengan seorang daripada suspek ialah lelaki berketurunan Thailand dan dua lagi adalah penduduk tempatan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata kedua-dua lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah.

Dalam perkembangan lain, polis cawangan Narkotik menahan seorang lelaki dan anak lelakinya di jalan Pasir MasSalor pukul 8.50 malam semalam dan menemui 792 biji pil kuda di dalam kereta yang dipandunya.

Kedua-dua lelaki berusia 43 dan 20 tahun yang datang dari arah sempadan itu berasal dari Kelantan dan tinggal di Grik, Perak.

Mereka kini ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment