Larangan Iran Sertai DSA Satu Salah Faham - Kedutaan
KUALA LUMPUR, 30 April(Bernama) -- Larangan kerajaan Malaysia terhadap Iran menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang baru berakhir, merupakan satu salah faham kerana Iran tidak melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB, menurut kedutaan Iran hari ini.
Menurut kedutaan itu dalam satu kenyataan, resolusi PBB tidak mengenakan sebarang larangan terhadap penyertaan Iran dalam mana-mana pameran pertahanan antarabangsa.
Ia berkata penganjur pameran itu bertegas supaya peserta dari Iran menutup gerai mereka sebagai satu-satunya penyelesaian dan pilihan untuk menyelesaikan isu itu walaupun Iran telah mematuhi dan menarik balik barangan yang dipamerkan.
Tambahan pula, katanya, bahan yang dipamerkan hanya merupakan satu model kecil maquette.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment