01 May 2008

Anak Osama Laden dilarang ke Britain

OMAR dan isterinya, Felix-Browne.

LONDON - Anak lelaki pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden diharamkan daripada memasuki Britain untuk hidup bersama isterinya kerana bimbang dia mampu mencetuskan kebimbangan orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak lelaki Osama itu, Omar bin Laden, 26, baru-baru ini memohon visa Britain supaya dia boleh tinggal bersama isterinya, Jane Felix-Browne, 52, di di kediaman wanita itu di Cheshire.

Bagaimanapun, Kedutaan Britain di Kaherah, Mesir enggan meluluskan visanya kerana mendakwa terdapat bukti bahawa dia masih setia terhadap Osama yang dituduh bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom di London pada 2005.

"Saya mendapati beberapa kenyataan dalam beberapa wawancara baru-baru ini yang menunjukkan bukti bahawa anda masih setia kepada Osama dan kehadiran anda di Britain boleh mencetuskan kebimbangan orang ramai," kata seorang pengawai kedutaan kepada Omar.

Bagaimanapun, Omar dan isterinya memfailkan rayuan yang akan didengar oleh seorang hakim imigrasi dan mendakwa keputusan kedutaan Britain itu tidak adil.

"Tiada bukti yang menunjukkan kehadiran saya di Britain akan menjadi satu risiko terhadap keselamatan negara.

"Adalah salah melarang saya daripada memasuki Britain atas dasar laporan media yang berat sebelah dan tidak tepat berhubung kepercayaan saya," kata Omar.

Pasangan itu berkahwin pada tahun lalu selepas kali pertama bertemu di Mesir pada 2006 dan Felix-Browne juga telah memeluk agama Islam. - Agensi

No comments:

Post a Comment