01 May 2008

Jawatan Timbalan Pengerusi BN daerah tidak wujud - Ridzuan Abd. Hamid

Jawatan Syed Ali tidak wujud

Peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Cheras tidak menjejaskan mana-mana pihak sama sekali.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Ridzuan Abd. Hamid berkata, jawatan tersebut tidak wujud malah tidak pernah ada dalam perlembagaan BN.

Katanya, jawatan Syed Ali Alhabshee yang sebenar ialah Naib Pengerusi BN Cheras iaitu disandang secara automatik apabila dipilih sebagai Ketua Bahagian parti.

Jawatan itu juga, jelas Ridzuan, turut disandang bersama-sama dengan Ketua Bahagian parti yang lain iaitu MIC, MCA, Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Gerakan.

''Sehubungan itu, saya ingin memperbetulkan jawatan beliau dan tindakannya itu tidak menjadi hal kerana ia merupakan jawatan automatik.

''Lebih-lebih lagi selepas pilihan raya, langsung tidak menjadi hal untuk beliau melepaskan jawatan itu atau tidak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peletakan jawatan Syed Ali sebagai Timbalan Pengerusi BN Cheras berkuat kuasa serta-merta semalam.

http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment