SHAH ALAM - Keadaan Nurul Wahida Hamzah, 20, yang mengalami sakit misteri sebaik sahaja pulang dari Pulau Lombok baru-baru ini didapati semakin teruk dan membimbangkan keluarganya.
Malah menurut kakaknya, Saadiah, 38, walaupun Nurul telah dibawa menemui seorang pengamal perubatan tradisional di Klang, gadis itu kerap menjerit-jerit dan meronta-ronta seperti mahu membebaskan diri daripada sesuatu.
"Dia kerap seperti dirasuk dan berkeras mahu berjumpa suaminya yang dipercayai telah dibebaskan dari sebuah lokap di Perak.
"Selepas Nurul dibawa berjumpa pengamal perubatan itu perangainya mula berubah sewaktu tiba di rumah malah dia enggan meminum air ubat.
"Nurul sebaliknya menengking-nengking dan menjerit apabila ahli keluarga cuma mendekatinya terutama ibunya yang cuba memujuknya tetapi Nurul lebih suka menyisihkan diri dalam bilik," katanya ketika dihubungi semalam.
Nurul sebelum ini dibawa kembali ke tanah air selepas tiga tahun melarikan diri ke Pulau Lombok, Indonesia bersama teman lelakinya, Mohd. Yusop Supardi, 40-an, sebelum bernikah di sana tanpa restu keluarga pada 2005.
Saadiah yakin adiknya itu telah terkena ilmu hitam ketika di Lombok.
http://www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment