11 May 2008

Mahathir akan lakukan apa sahaja untuk menyekat Anwar

Dr Mahathir telah terakam dalam sejarah Malaysia sebagai PM yang amat keras apabila berdepan dengan penentangnya dikalangan ahli Umno apatah lagi dengan musuh politiknya dari parti pembangkang.

Kini, beliau bertambah bimbang apabila pembangkang diketuai oleh musuh utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir membenamkan Umno. Beliau pasti mahu melakukan apa sahaja untuk menghalang kemaraan Anwar yang dijangka memberikan malapetaka kepada beliau kerana mantan PM itu terlalu banyak mengumpulkan salah laku.

Beliau berkepercayaan, jika negara ini diambil alih oleh seteru utamanya itu, segala `kebusukan`yang tersimpan akan terburai dengan segala kebusukannya akan merentasi semua benua hingga ke kutub selatan.

Beliau memang telah terbau kemaraan Anwar tetapi tiada peluang untuk merancang dan menyekat kemaraan itu kerana telah berpatah arang dengan Abdullah lantas mengharapkan Najib bagi membuat pakatan dan mengatur strategi.

Saya meramalkann pertemuan yang diimpikannya dengan Najib saperti yang dilaporkan Agendadaily pastinya merancang menyekat kemaraan Anwar dengan apa cara sekalipun hatta sekotor-kotor cara seperti yang dilakukannya dahulu.

Agendadaily melaporkan bahawa pertemuan mereka berdua telah diizin Abdullah Badawi dan akan diadakan bila-bila masa yang bersesuaian.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment