MELAKA - Marah akibat kekasih dicabul dipercayai menjadi punca utama seorang peniaga kedai makan, Muhamad Maidin, 44, di Pulau Sebang dibunuh kelmarin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Melaka, Supritendan R. Gunarajan berkata, ekoran itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 19 tahun di rumah kakak lelaki berkenaan di Pulau Sebang pukul 5.30 pagi.
Suspek tersebut merupakan kekasih anak perempuan tiri Muhamad Maidin yang berusia 14 tahun.
"Motif utama pembunuhan ialah cemburu dan balas dendam setelah suspek menerima aduan daripada kekasihnya yang dia telah dicabul beberapa kali oleh mangsa," katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo! semalam melaporkan mengenai penemuan mayat Muhamad Maidin dalam keadaan ngeri dengan kesan tetakan di kepala dan kesemua jarinya pula putus di warung miliknya di Pulau Sebang pada pukul 6.20 pagi kelmarin.
Gunarajan memberitahu, parang yang yang digunakan oleh suspek untuk membunuh Muhamad Maidin telah ditemui oleh polis di dalam semak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
"Parang ini dipercayai dibuang di situ oleh suspek selepas membunuh mangsa," katanya.
Gunarajan berkata, selain suspek berusia 19 tahun itu turut ditahan reman bagi membantu siasatan ialah dua orang anak tiri mangsa berusia 21 dan 19 tahun.
http://www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment