Para penjawat awam dan pesara hari ini menerima ‘hadiah besar’ yang menggembirakan apabila kerajaan mengumumkan beberapa insentif yang memberi manfaat kepada mereka.
Antaranya kerajaan bersetuju melaksanakan dua dasar pemberian pencen iaitu menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun dan menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan.
Selain itu umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun dan menambah baik peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari segi kaedah pelaksanaannya.
Dasar baru pemberian pencen yang melibatkan sejumlah 310,000 pesara berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009 manakala pelanjutan umur berkuat kuasa 1 Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara.
Kata beliau, sebelum ini pencen kakitangan dan pegawai awam dihitung dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment