18 May 2008

Kes ini akan hilang begitu sahaja

Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap beberapa akhbar yang menyiarkan kandungan laporan suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam ia diumumkan secara rasmi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, tindakan boleh diambil kerana laporan tersebut "rahsia kerajaan yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)", lapor laman web Utusan Malaysia hari ini

"Kerajaan bimbang dengan kejadian kebocoran ini dan sekiranya ia melanggar undang-undang serta menjejaskan mana-mana pihak, sudah pasti tindakan akan dibuat.

Akhbar-akhbar The Star, New Straits Times, Berita Harian dan Sin Chew Daily sebelum keputusan kabinet semalam telah melaporkan butiran dan syor-syor yang dibuat dalam laporan suruhanjaya tersebut.

Dalam blog peribadinya, ketua pengarang kumpulan The Star berkata laporan polis itu membingungkan media, sama ada arus perdana dan juga alternatif, kerana dapatan suruhanjaya tersebut "tidak mengancam keselamatan negara" dan prosiding siasatannya awal tahun ini pula terbuka kepada umum.

"Bagaimana akhbar mendapat maklumat itu harus menjadi kerisauan terakhir kerajaan dan suruhanjaya (diraja)," kata Datuk Wong Chun Wai di blog 'New Malaysia' lewat malam tadi.

"Keutamaannya sekarang ialah memulihkan kembali keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman dan membetulkan apa yang salah."
Lagi berita...

No comments:

Post a Comment