18 May 2008

Mahathir mengaku tidak bersalah, rakyat menunggu tarikh perbicaraan

Dr Mahathir berkata beliau tidak menganggap kegiatan melobi itu "perkara yang salah" kerana sepanjang menjadi perdana menteri, banyak pihak yang melobinya untuk jawatan menteri, timbalan menteri dan jawatan-jawatan lain dalam kerajaan.

Bekas perdana menteri itu berkata lagi, keputusan yang dibuatnya tentang sesuatu pelantikan termasuk hakim-hakim "berdasarkan kepada penilaiannya sendiri".

"Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya. Saya tidak peduli siapa lobi, siapa cerita, kalau saya putuskan orang itu patut dilantik, saya akan lantik. Jikalau tak patut dilantik, walau dicadang oleh hakim, saya tidak akan lantik.

"Saya bukan posmen. Apabila ketua hakim cadang, saya pun kata lulus dan pergi ke Yang di-Pertuan Agong dan baginda lulus.

"Kalau macam itu, lebih baik kata pelantikan ketua hakim harus diputuskan oleh ketua hakim, jadi saya tiada peranan langsung. Saya tidak mahu jadi posmen," Dr Mahathir dipetik sebagai berkata.

Menurut Bernama lagi, ditanya cadangan suruhanjaya diraja agar siasatan turut dilakukan terhadap Vincent Tan dan Tengku Adnan, Dr Mahathir berkata beliau "tidak mengetahui peranan mereka kerana mereka tidak pernah melobinya".

"Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan tentang pelantikan sesiapa, perdana menteri atau bakal timbalan perdana menteri," katanya sambil menambah, sistem pelantikan hakim sedia ada sudah baik.
Lagi berita...

No comments:

Post a Comment