24 May 2008

Kerana nyamuk Mahathir bakar kelambu

Dr M bimbang berlaku kekacauan kaum

Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan berlaku kekacauan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia, dan menuduh penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, gagal melaksanakan kuasanya.

"Sekarang kita lihat kaum-kaum yang berlainan membuat tuntutan terhadap kerajaan, yang mereka anggap sebagai kerajaan yang lemah," katanya kepada pemberita di Tokyo semalam.

Beliau berkata 'golongan ekstremis' di kalangan pelbagai kaum, telah mula menyuarakan penentangan mereka dan membuat tuntutan yang tidak adil terhadap kerajaan, dalam usaha untuk"memecah dan bukannya menyatukan (rakyat)".

Baru-baru ini, wujud kebimbangan mengenai langkah 'mengislamisasikan' Malaysia serta meningkatkannya polarisasi di kalangan tiga kaum utama di Malaysia.

Kira-kira 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia terdiri daripada Melayu-Islam, diikuti oleh kaum Cina dan India yang sebahagian besarnya beragama Buddha, Hindu atau Kristian.

Mahathir baru-baru ini keluar dari Umno dan menggesa ahli-ahli parti itu yang lain supaya mengikut jejak langkahnya, yang mengikut para penganalisa, boleh memecahkan parti itu dan menumbangkan kerajaan.

Bagi mengatasi kelamahan (kerajaan), Dr Mahathir berkata perdana menteri perlu meletak jawatan.

Mahathir menerajui kerajaan dan Umno selama 22 tahun sebelum bersara pada 2003, dan memilih Abdullah sebagai penggantinya.

Bagaimanapun, sejurus kemudiannya, mereka tidak lagi sehaluan dengan Dr Mahathir menubuh perdana menteri rasuah, pilih kasih dan tidak cekap mentadbir negara.

Dr Mahathir, 82, kini aktif berkempen supaya Abdullah meletak jawatan selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu. Abdullah bagaimanapun enggan mengalah.

- AFP

No comments:

Post a Comment