24 May 2008

Dakwa pelakon ini kerana berpakaian menjolok mata

Artis panas di PD

Kecoh lagi. Selepas dikejutkan dengan kiriman e-mel gambar bogel membabitkan seorang pelakon wanita sebuah drama bersiri, kini gadis itu kembali dengan kontroversi terbaru.

Sesuatu lebih mengejutkan berlaku apabila Harian Metro menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca mendakwa pelakon berusia 21 tahun terbabit berpakaian seksi sehingga menampakkan payu dara.

Pembaca yang dikenali sebagai Ahmad Suhaimi Salim dari Bayan Lepas di sini, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas menerima kiriman gambar berkenaan menerusi e-mel daripada rakannya, baru-baru ini.

Menurutnya, selepas melihatnya, dia terkejut apabila mendapati wajah wanita di dalam gambar itu mempunyai iras pelakon drama yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu.

“Lebih mengejutkan, e-mel berkenaan turut mendakwa gambar itu diambil ketika pelakon itu bersama rakan-rakannya menghadiri sebuah parti di Port Dickson baru-baru ini,” katanya ketika menghubungi Harian Metro di sini, semalam.


Ahmad berkata, jika melihat pada gambar yang diterimanya, seseorang pasti akan tertanya-tanya sama ada pelakon wanita terbabit ingin mencetuskan kontroversi sekali lagi dengan gambar seksinya.

Menurutnya, dia hairan dengan sikap pelakon terbabit sama ada sudah hilang arah hidup atau gemar bergelumang dengan aktiviti sosial hingga melanggar batasan pergaulan antara lelaki dan wanita.

Katanya, gambar itu memaparkan pelakon wanita terbabit berpakaian seksi yang menjolok mata dan menimbulkan persoalan sama ada gambar itu mungkin diambil untuk simpanan peribadi.

“Saya yakin ada pihak mungkin cuba menganiaya atau mengaibkan maruah artis terbabit dengan menyebarkan melalui Internet.

“Saya juga difahamkan penyebaran gambar itu bukan sahaja membabitkan pelakon drama terbabit, malah turut membabitkan seorang lagi pelakon wanita lain yang pernah mencetuskan kontroversi,” katanya.

Katanya, jika gambar yang tersebar itu adalah wajah pelakon drama terbabit maka dia diharap dapat kembali ke pangkal jalan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment