24 May 2008

Kekejaman Umno Selangor punca penolakan rakyat


Sebenarnya Khir Toyo masih gagal lagi mencari punca kekalahannya UMNO di Selangor. Khir Toyo masih lagi beranggapan kekalahan adalah disebabkan oleh faktor luaran dan bukan pentadbirannya. Sebenarnya kekalahan UMNO Selangor dan prestasi buruk UMNO ada kaitan dengan Khir sendiri. Mengapa Khir tidak mencermini diri sendiri dan lihat siapa yang sebenarnya menyebabkan UMNO Selangor tewas dan mungkin selamanya UMNO akan jadi pembangkang di Selangor.

Seandainya Khir mencermini diri sendiri dan mengimbau perbuatan sombong beliau sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor maka jawapan tumbangnya Selangor kepada Pakatan Rakyat adalah hasil dari keegoan Bekas Menteri Besar ini sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Tindakan beliau yang angkuh dalam membasmi peneroka kota, terlibat tanpa sedikit rasa perikemanusiaan dalam merobohkan rumah peneroka kota adalah punca Khir dan UMNO Selangor di tolak oleh rakyat. Justeru itu Khir memang tidak layak sekiranya diberi tanggungjawab mengemudi Pemuda UMNO Malaysia.

http://www.umno-reform.com

1 comment:

  1. peneroka kota atau setinggan??????? sedarkah anda kebanyakkan dari mereka adalah warga asing???

    ReplyDelete