13 May 2008

Keputusan umum laporan video Lingam ditentukan Jumaat ini

KUALA LUMPUR 13 Mei – Kabinet akan memutuskan Jumaat ini sama ada akan mengumumkan laporan inkuiri ‘klip video Lingam’, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini.

“Terdapat banyak perkara yang perlu diteliti. Jika boleh, saya mahu laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan video itu didedahkan kepada umum,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Laporan berjumlah 186 muka surat itu telah pun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - Bernama

No comments:

Post a Comment