13 May 2008

Tujuh korban terbaru di selatan Thai

Tujuh terbunuh dalam siri keganasan terbaru di selatan Thailand, kata polis hari ini.

Dalam kejadian awal pagi ini, seorang lelaki berusia 52 tahun dan isterinya, 46, mati dibunuh ketika dalam perjalanan ke sebuah ladang getah di wilayah Pattani.

Semalam, dua lelaki bersenjata yang prokerajaan, dibunuh di sini.

Terdahulu, tiga penganut Islam dibunuh dalam dua serangan berasingan di wilayah Pattani, kata polis.

Pembunuhan berlaku dua hari selepas Perdana Menteri, Samak Sundaravej melakukan lawatan pertama ke wilayah terbabit sejak menerajui kerajaan Januari lalu.

Samak, semasa mengendalikan rancangan televisyennya kelmarin berkata, keganasan di wilayah selatan Thailand telah reda.

Lebih 3,000 orang telah terkorban sejak keganasan meletus di selatan Thailand sejak 2004.

– AFP

No comments:

Post a Comment