10 May 2008

Tambah lagi RM42 juta dalamkan laluan anjur 'Monsun Cup'

Kerajaan Terengganu mengesahkan bahawa peruntukan tambahan RM42 juta dalam fasa dua projek pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Terengganu digunakan untuk mendalamkan laluan air di kawasan itu untuk penganjuran Piala Monsun dan pelayaran kapal mewah Star Cruise.

Menurut laporan Buletin Online, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Muhamad berkata, pelaksanaan projek benteng pemecah ombak itu meliputi tiga fasa dan fasa satu yang menelan kos RM42 juta telah siap pada tahun 2003.

Utusan memetik Yahya berkata, peruntukan tambahan RM42 juta itu adalah untuk fasa kedua yang pada mulanya membabitkan peruntukan sebanyak RM367 juta sebelum bertambah RM409 juta manakala fasa tiga sebanyak RM100 juta masih dalam pembinaan.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment