15 May 2008

Karpal hina Islam: Mufti

IPOH: Tindakan menghina Raja-Raja Melayu boleh disamakan dengan menghina agama Islam kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan Sultan atau Raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama negeri secara mutlak.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempersoal kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menunjukkan beliau tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa agama Islam kepada Raja-Raja Melayu.

Selain menghina agama Islam, katanya, sebagai warga negara Malaysia, kenyataan Karpal itu menunjukkan sikap yang tidak taat kepada Raja Melayu.

Beliau berkata, tindakan sedemikian sudah tentu menyakiti hati orang Melayu kerana rantau Nusantara sudah mempunyai Raja sejak beratus-ratus tahun.

"Dulu, rakyat sangat patuh kepada Sultan kerana mereka berkuasa mutlak di setiap negeri. Tetapi selepas kemerdekaan, konsep Raja Berperlembagaan menjadikan Sultan atau Raja memegang kuasa agama Islam dan adat Melayu. Itu pun dia nak kritik.

"Masalahnya bukan undang-undang. Dia berhak untuk bercakap mengenai undang-undang tetapi Sultan ada kuasa agama. Perkara ini adalah sensitif pada orang Melayu yang juga beragama Islam.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment