Kerajaan negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menganjurkan Forum Perdana Islam bertajuk 'Menjana Islam Syumul di Kalangan Ummah' pada 16 Mei ini.
Progam tersebut bertempat di Stadium Kuala Selangor akan menampil ahli panel terkenal, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Harun Din dan Dato' Ismail Kamus.
Manakala Moderatornya pula oleh, Dato' Dr Hassan Ali.
Majlis tersebut akan dimulakan dengan solat Isya dan Hajat berjamah.
Dalam pada itu, penganjur berkata, program Nur Iman itu berobjektifkan dakwah sebagai kunci penyebaran dan kefahaman Islam di dalam masyarakat majmuk.
Justeru Jais meneruskan inisiatif untuk menghidupkan semula era kegemilangan Forum Perdana Ehwal Islam yang berjaya dilaksanakan pada awal tahun 1990an.
Katanya, forum terbuka yang menjadi faktor pembuka minda dan pencambahan budaya ilmu di dalam masyarakat Malaysia yang dilaksanakan semula di Shah Alam dan Kelang baru-baru ini mendapat sambuatan luar biasa masyarakat.
"Siri Ke-3 forum ini bertempat di Daerah Kuala Selangor akan dilaksanakan pada minggu ini Jumaat 16 Mei 2008 bertempat di Stadium Kuala Selangor," katanya.
"Kehadiran seluruh masyarakat dari pelbagai latar belakang dan bangsa amat dialukan. Hadirin dingatkan datang dalam keadaan berwudhuk dan membawa sejadah.
"Semoga initiatif mulia mengimarahkan budaya ilmu di hati sanubari rakyat Selangor ini mencapai keredhaan-Nya," kata penganjur.
www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment