Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan Barisan Nasional yang menganggap pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu oleh kerajaan Selangor kepada rakyat sebagai satu pembaziran.
Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat itu Ahli Parlimen, Ahmad Maslan (BN - Pontian) dan Mohd Puad Zarkashi (BN - Batu Pahat) mempertikaikan tindakan Khalid dan menganggap pemberian air secara percuma sebagai satu pembaziran.
Khalid menyifatkan tindakan sebilangan Ahli Parlimen itu seolah-olah mencemburui kemudahan yang diberikan oleh kerajaan PRkepada penduduk Selangor
“Mungkin ramai kerajaan lain yang ‘cemburu’ dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan pembaziran.
“Mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan meter padu yang kedua yang dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu kedua, harganya akan tetap dinaikka
“Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu menerusi mekanisma harga dan pemberian percuma ini ia melatih masyarakat supaya berjimat-cermat dan menggunakan air dengan sebaik-baiknya,” kata Khalid.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment