Hasrat mengembalikan kepemimpinan Datuk Zaid Ibrahim di bahagian Kota Bharu dianggap melanggar keputusan Majlis Tertinggi Umno dan beliau wajar menunggu pemilihan bahagian yang dijadual Oktober ini.
Seorang pemimpin kanan bahagian memberitahu Malaysiakini hari ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak dilantik semula sebagai ketua bahagian selepas dihukum melanggar peraturan pada pemilihan 2004.
Beliau yang enggan dikenali berkata, keputusan MT itu "telah muktamad" diputuskan pada Februari 2006.
MT memutuskan bahawa Zaid perlu bertanding dalam pemilihan bahagian untuk memegang semula jawatan itu selepas penggantungannya sejak Jun 2005 tamat Januari 2007.
Sumber itu juga menyifatkan ura-ura membawa kembali Zaid sebagai ketua bahagian sebagai tindakan yang "tidak sesuai dengan masanya" dan "merugikan masa".
"Kalau mahu Datuk Zaid (Ibrahim) jadi ketua semula, tunggulah pemilihan bahagian nanti. Bukan berapa lama lagi dah. Kenapa mahu (tukar ketua bahagian) sekarang?" soalnya.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment