20 May 2008

Gerak kecewa dengan maklum balas BPR mengenai kes MSN

Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia (Gerak) melahirkan kekecewaan dengan maklum balas daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang menyatakan tiada sebarang kes yang boleh disabitkan dalam aktiviti rasuah dalam isu pembayaran gaji atlet sukan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurut Timbalan Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, BPR menganggap kes tersebut selesai dan tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap sesiapa.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan jawapan yang diberikan BPR setelah menjalankan siasatan.

Dakwaan wujudnya unsur penyelewengan dalam MSN timbul ekoran dakwaan seorang bekas jurulatih gimnastik tempatan, Yap Yee Yin, 21, yang masih menerima bayaran elaun biarpun selepas kontraknya tamat pada penghujung 2005.

Pada 27 Ogos 2007, Yee Yin telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Belia dan Sukan waktu itu, Dato' Azalina Othman Said dengan diiringi Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor.

Beliau mendakwa berlakunya penyelewengan di MSN apabila dia masih menerima elaun walaupun kontrak berakhir penghujung 2005.

Dia mendakwa MSN masih mendeposit elaun sebanyak RM1,300 dan seorang lelaki yang menjadi orang tengah MSN telah meminta dia menyerahkan separuh daripada elaun itu kepadanya.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment