20 May 2008

Anwar Tiada Agenda Pertahankan Melayu – Ezam

KUALA LUMPUR : Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melepaskan tanggungjawab untuk membela orang Melayu sebagai agenda didalam pencaturan politiknya.

Menegaskan demikian dalam wawancara Sasiah Ezam menegaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah bertujuan membela nasib orang Melayu dan harus dipertahankan. Tetapi kata beliau, Anwar telah menggunakan pendekatan (menolak DEB) untuk menarik undi dari orang bukan Melayu.

“ Permainan politik yang sebegini bukanlah agenda bangsa dan Negara. Parti Keadilan Rakyat sepatutnya meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai pekara yang asas, tetapi pendapat saya ditentang dan Anwar Ibrahim tidak “mempertahankan saya” , kata beliau sambil mengakui memang ramai pengundi bukan Melatu mengundi Pakatan Rakyat kerana Anwar menggunakan isu DEB akan dihapuskan.”

Ditanya mengenai sama ada beliau ingin membina kembali hubungan dengan Anwar, Ezam berkata, kini peluang itu dilihat senakin jauh keran beliau menafikan Melayu dan Islam sebagai asas politik.”

- Sumber Siasah 27 April- 3 Mei 2008

No comments:

Post a Comment