Beberapa pertubuhan media dan individu kecewa hari ini apabila laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam habis dijual hari ini.
Lima puluh nashkah yang dijual di jabatan halehwal perundangan, Jabatan Perdana Menteri, mulai jam 3 petang tadi, habis dibeli dalam masa kira-kira 30 minit sahaja.
Laporan tersebut - yang mengandungi empat jilid - dijual dengan harga RM541. Mereka yang gagal membelinya hari ini terpaksa menunggu cetakan semula.
Yang menariknya, difahamkan firma guaman Datuk VK Lingam memberi 10 nashkah laporan tersebut.
- Malaysiakini
No comments:
Post a Comment