28 May 2008

Dr. Huda Anak Dr. Haron Din masuk Hospital Mafraq, Abu Dhabi

Sedang dalam nak bersedia melangkah ke bilik video conference, mobile berbunyi.

Nama Dr. Haron Din terpampang d skrin!

Minggu lepas ada bercakap dengan dia. Temujanji nak ke Dubai. Perbualan awal sebelum pemilu lagi. Aku yang berjanji nak call dia, tiba-tiba dia pula yang call!

"Assalamu'alaykum Ustaz", aku memulakan perbualan.

"'Alaykumusalaam, Hasnol. Ana ada d Abu Dhabi".

"Ustaz apa khabar?", aku bertanya.

"Baik, ALhamduliLlaah", tiada yang pelik menurut pengiraan ku.

Dia menyambung, "ana ada masalah besar ni".

"Masalah apa Ustaz?", aku bertanya.

"Anak ana d hospital, dia collapsed. Kami d Hospital Mafraq", dia menyambung. Suaranya agak perlahan. Berbeza dari awalnya.

"Boleh tak minta sesiapa ke mari, boleh meringankan kami", Ustaz Haron yang aku kenali sewaktu d Universiti dulu bersama isterinya Kak Jah memberi pesan.

"InsyaALlaah Ustaz, akan d uruskan".

Beberapa SMS d hantar, nota kecil d pos dalam mailing list - mohon kerjasama.

Tak sampai 2-3 minit beberapa SMS dan panggilan d terima.

Komuniti Malaysia, komuniti prihatin

ALhamduliLlah, komuniti Malaysia dperantauan masih komuniti yang peka dan ringan tulang!

Selesai video conference, bergegas keluar. Janji nak bertemu d tengah perjalanan dengan Affandy, Fudzail dan Pak Payne. Kami bertolak dengan sebuah kereta.

Wasis dan Puan Suraya dah pun menuju ke hospital.

D Hospital

Tiba d hospital, beberapa teman d Abu Dhabi dah tiba. Tak keseorangan Dr. Haron. Kak Jah bersama cucunya dah d bawa Puan Suraya.

Dah lama tak ketemu Dr. Haron Din. Mungkin lebih 10 tahun. Beliau memberi sedikit lapuran keadaan anaknya.

Matlumat dari Dr. Haron agak detail, rentetan peristiwa dan procedure yang bakal d ambil pihak hospital. Beliau kelihatan lebih segak, berbanding pertemuan kami d penghujung 90an dulu ketika beliau dan Kak Jah menjadi tetamu d rumah kami d Tulsa. Waktu tu Muaz masih sekitar 2-3 tahun.

Walau kelihatan tenang, sesekali tampak kerisauan tentang anak sulungnya, Dr. Huda. Anak perempuannya seorang doktor perubatan berusia 38 tahun. Bersama rombongan Dr. Haron dalam perjalanan menunaikan Umrah.

Isu Semasa

On the side, sempat juga aku menerima sedikit perkembangan tanah air. Sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS (orang nombor dua selepas Tok Guru Nik Aziz), pandangan beliau memang punya autoriti.

Sesekali sempat juga dia berseloroh. Mungkin nak meringankan ingatan dan runsing seorang ayah - awalnya tadi memang doktor ada memberitahu beliau, peluang anaknya agak tipis.

Bila dtanya sempat bertemu Tun M semenjak pencen dari penunggu Putra Jaya, dia hanya menjawab ringkas tidak. Tapi katanya Tun M ada memohon maaf padanya, melalui surat yang d utus.

Dr. Haron dalam memberi kupasan sempat melontarkan beberapa statistik pertumbuhan ekonomi dan yang berkaitan. Juga d sentuh beberapa perkembangan dalaman.

Ingatannya juga masih kuat. Sempat juga beliau bercerita semula pertemuan kami d Tulsa kira-kira 10 tahun lalu. Impressive.

Du'aa buat Tetamu Istimewa

Kami lanjutkan pertemuan d kafetaria. Mungkin kurang berselera, Dr. Haron masih tak makan tengahari. Ajakan pertama, katanya tak lapar. Tapi setelah beberapa kali d ajak, beliau mengalah.

"Ustaz perlu makan dan berehat", aku mengajak kali ketiga.

"Baiklah, tapi tak boleh pergi jauh", seolah kompromi.

Selesai kami makan bersama, Dr. Haron kami tinggalkan d hotel. Tokoh berusia 68 tahun ini juga dah beberapa kali menjalani pembedahan jantung. Perlu berehat.

Dr. Azlin pula kami tinggalkan d hospital. Menemankan isteri yang masih dalam jagaan ICU.

Dr. Haron meninggalkan pesan, tolong du'aakan agar Dr. Huda recover dengan sebaiknya.

InsyaALlaah, inilah paling minima yang kami hulurkan buat tokoh yang dah banyak berbakti buat masyarakat. Mudah2an ALlaah permudahkan urusan beliau sekeluarga.

Tengahari tadi 26 May sempat menjenguk keadaan anak sulung Dr. Haron Din, Dr. Huda.

Tiba bersama Afzai Nizam (Jar).

Dr. Haron baru d beri taklimat dari beberapa orang doktor. Katanya jantung Dr. Huda bengkak. Mungkin juga berair.

Yang leganya, walau agak lemah dia dah boleh makan dan bercakap.

Restoren biryani depan hospital tempat kami lunch lagi. Kak Jah, Pn Suraya dan Capt Othman turut sama. Jar pulak belanja! Mohon d du'aakan Dr. Haron agak pemergian Jar malam esok d terima ALlaah (Jar akan menunaikan Umrah malam esok).

www.tranungkite.net

No comments:

Post a Comment