11 May 2008

Dipaksa melacur, tiadakah tindakan konkrit

KUALA LUMPUR - Asalkan boleh mendatangkan hasil, ada lelaki yang sanggup berpura-pura mencintai seorang wanita sehingga ke alam perkahwinan tetapi hakikatnya mempunyai niat buruk tersembunyi.
Antaranya menjadikan isteri yang dikahwini secara sah itu sebagai pelacur!

Itulah cara yang dikesan dilakukan oleh sindiket pelacuran yang menyasarkan gadis-gadis di pedalaman daripada keluarga susah dengan menggunakan kemewahan sebagai umpan.

Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini menyatakan pihaknya menerima 10 kes berkaitan 'kahwin sementara itu' tahun lalu.

"Modus operandi lelaki sindiket ini dengan memasuki sesebuah kampung dan kemudian menyewa sebuah rumah untuk sebulan atau dua bulan atas alasan untuk menjalankan perniagaan.

"Tampil dengan gaya hidup mewah, lelaki sindiket ini akan menggoda mana-mana gadis di kampung itu untuk dijadikan kekasih secepat yang boleh sehingga mendapat restu keluarga untuk dikahwinkan," katanya.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment