Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan sikap membisu sesetengah wakli rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rayat berhubung isu ketuanan Melayu dan mengenai tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak.
"Mungkin mereka takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat (bahawa) dalam Pakatan (Rakyat), (apa saja) benda buruk pun (melibatkan mereka), kena pertahankan walaupun tidak setuju, kalau tak mahu berpecah belah.
"Apapun, mereka perlu juga beritahu apa pendirian mereka dalam soal ini kerana rakyat nak tahu.
Kalau tak jawab nanti rakyat buat macammacam tafsiran," katanya pada sidang akhbar di sini.
Ibrahim, seorang anggota Bebas, mengingatkan wakil rakyat pembangkang yang cenderung menyentuh isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan institusi beraja agar tidak keterlaluan dan melampaui batas.
"Saya lihat sekarang ini ramai yang sudah melampau dalam menyentuh ketuanan Melayu, sentuh kuasa rajaraja," katanya.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment