24 May 2008

Aktres Mas Anizan 35 masih terkejut

‘Kami masih terkejut’

Aliza yang masih bersekolah di tingkatan satu Sekolah Menengah Aminudin Baki, Kuala Lumpur, memaklumkan, sejak pemergian bapanya Selasa lalu, ibunya lebih senang menyendiri.

Justeru, untuk beberapa hari ini Aliza terpaksa mewakili ibunya bagi melayani setiap panggilan.

“Baru dua hari papa pergi dan semua orang masih dalam keadaan terkejut.

“Tidak hanya keluarga kami tetapi seluruh rakan taulan papa. Tentu sekali mama yang paling terasa dengan pemergian ini kerana dialah yang selalu menemani arwah hingga saat terakhir.

“Buat masa ini mama saya perlu merehatkan diri kerana kurang sihat memandangkan terlalu sedih dengan pemergian papa,” katanya.

Jelas Aliza, arwah bapanya meninggal dunia kira-kira jam 7.55 petang di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Allahyarham berusia 61 tahun yang juga bekas adik ipar Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.

Jenazah beliau, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Makam Diraja Pekan, Pahang kira-kira 12 tengah hari, Selasa lalu.

Kata Aliza, sebelum ini arwah bapanya menghidap penyakit kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment