24 May 2008

Kalut sungguh masyarakat kita

‘Abang selalu tindih’

KUALA LUMPUR: Selepas aduan mengenai kesakitan dialami pada kemaluan tidak diendahkan ibunya, seorang murid tadika memberitahu gurunya mengenai tindakan abang kandungnya yang kerap ‘menindihnya’.

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dikatakan menjadi tempat pemuas nafsu abang kandungnya sendiri berusia 16 tahun sejak Disember tahun lalu.

Bagaimanapun mangsa terpaksa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahun keluarga selepas diugut abangnya.

Mangsa yang tidak tahan selepas mengalami kesakitan teramat sangat pada kemaluannya kemudian menceritakan perkara itu kepada guru tadikanya, baru-baru ini sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu dan penjaganya.

Guru tadika berkenaan kemudian membuat laporan polis berikutan bimbang mangsa akan terus diperkosa.

Difahamkan, mangsa tinggal sebilik bersama dua abangnya, masing-masing berusia 8 dan 16 tahun di rumah mereka di Setapak, di sini.

Berikutan laporan dibuat guru berkenaan, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Setapak, ditahan 16 Mei lalu dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, penjaga kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Chai mendakwa, mangsa dijaganya selepas ibu bapanya berpisah.

“Pada mulanya, sukar untuk saya dan keluarga terima hakikat mengenai perkara ini. Ia sesuatu yang tak dapat diterima akal.

“Malah kejadian ini hanya diberitahu kepada saya oleh guru tadika mengenai kelakuan buruk abangnya. Lebih mengejutkan perkara ini berlaku agak lama,” katanya yang membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Chai berkata, lebih memilukan, remaja terbabit turut mengaku menjadikan adiknya sebagai pemuas nafsu dan kejadian itu berlaku pada sebelah malam.

Menurutnya, mangsa kerap diperkosa ketika dia dan ibu mangsa keluar bekerja.

“Kami menyesal kerana membiarkan mereka adik-beradik lelaki dan perempuan tidur sebilik dan ia satu daripada sebab berlaku kejadian sumbang ini.

“Kejadian ini betul-betul mengejutkan keluarga kerana sebelum ini kami tak syak apa-apa, malah mangsa berkelakuan seperti biasa,” katanya yang berkawan baik dengan ibu mangsa.

Katanya, tujuan dia membuat aduan itu bagi mendapatkan nasihat mengenai masa depan adik-beradik terbabit.

Sementara itu, Ketua biro berkenaan, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya akan membantu keluarga berkenaan dari segi nasihat perundangan dan sokongan moral.

“Saya menasihatkan semua keluarga supaya mengasingkan bilik anak lelaki dan perempuan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Keadaan sekarang tidak sama seperti dulu kerana pemikiran remaja sekarang lebih terdedah kepada unsur negatif yang disebarkan melalui media terutama Internet yang sukar dikawal ibu bapa,” katanya.

Kejadian itu ternyata mengejutkan selepas Harian Metro semalam mendedahkan perlakuan seorang pemandu teksi durjana yang sanggup merogol dua anaknya sendiri, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun.

Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya itu menyebabkan kedua-dua beradik terbabit trauma.

Selepas sekian lama menanggung sengsara menjadi hamba seks bapa kandung sendiri kedua-dua beradik berkenaan nekad menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka sebelum lelaki durjana itu diberkas polis.

Dalam kejadian haruan makan anak itu, kedua-dua beradik berkenaan mendakwa dirogol dan dicabul kehormatan oleh bapa ketika ketiadaan ibu di rumah.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment