10 May 2008

Esok kerajaan umum pelan tindakan bendung inflasi

Kerajaan akan mengumumkan pelan tindakan khusus Isnin ini bagi membendung masalah inflasi terutama kenaikan harga beras, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu diharap dapat mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga barangan serta minyak yang turut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM45 bilion pada tahun ini.

Katanya, atas arahan Kabinet, Jawatankuasa Menangani Inflasi dalam mesyuarat minggu depan akan menghalusi beberapa cadangan yang bertujuan menjaga kebajikan rakyat.

“Saya telah jelaskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini tentang tindakan yang telah dicadangkan dan akan diambil apabila Jawatankuasa Menangani Inflasi bermesyuarat Isnin ini.

“Kita nak pastikan negara tidak mengalami kekurangan bekalan beras yang merupakan bahan makanan yang sangat penting.


“Selepas mesyuarat itu, satu keputusan akan dikeluarkan,’’ kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment