16 April 2008

Bapa temui Azreen

'Saya sebak jumpa Azreen'

gambar : CHE ISHAK menanyakan sesuatu daripada Tony mengenai anaknya, Che Siti Nor Azreen dalam pertemuan mereka di Mataram semalam.

Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Che Ishak Che Kob, 47, selepas bertemu semula dengan anaknya yang hilang sejak empat bulan lalu, Che Siti Nor Azreen, 12, (Azreen) di sini semalam.
Bagaimanapun, pertemuan yang diadakan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini hanya berlangsung selama kira-kira 10 minit dan diadakan secara tertutup serta turut dikawal polis Indonesia.

"Dalam suasana penuh emosi itu, lidah saya kelu untuk berkata-kata, cuma saya sempat menghulurkan rendang ayam yang dikirimkan emaknya dan dua pasang baju kurung kegemaran Azreen," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Che Ishak lagi, banyak perkara yang dia mahu perkatakan kepada anaknya itu, namun dia terpaksa akur kepada permintaan Azreen yang tidak mahu bercakap banyak semasa beliau menemuinya.

Permintaan supaya pertemuan yang diatur oleh Migrant CARE itu diadakan dalam tempoh yang singkat dan secara tertutup itu adalah atas permintaan Azreen.

Turut hadir ialah lelaki warga Indonesia yang didakwa melarikan Azreen, Tony Wijaya atau Suparman, 27, bersama beberapa anggota keluarganya.

Dalam pada itu, menurut Che Ishak, walaupun pertemuan tersebut agak singkat namun beliau bersyukur kerana dapat dipertemukan dengan Azreen yang sekali gus mengubat kerinduannya terhadap anaknya.

gambar : CHE ISHAK (kanan) bersalaman dengan bapa Tony, Nusan Badri dalam pertemuan yang diatur oleh Migrant CARE di Mataram semalam.

CHE ISHAK (kanan) bersalaman dengan bapa Tony, Nusan Badri dalam pertemuan yang diatur oleh Migrant CARE di Mataram semalam.NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) - "Hati saya sebak lepas Azreen cium tangan dan bersalaman dengan saya."
Tambahnya, walaupun ingin berbicara panjang dengan Azreen, namun beliau tidak berkesempatan berikutan keadaan emosi anaknya itu masih tidak stabil dan sedang menjalani proses pemulihan.

"Namun saya sempat berpesan kepadanya, bahawa kami sekeluarga amat menyayanginya hingga kini walaupun tindakannya yang dilakukan itu agak keterlaluan," katanya.

Dalam pada itu, Che Ishak memberitahu, apa juga status Azreen kini, beliau reda dengan ketentuan itu dan pada masa yang sama berharap anaknya itu pulang semula ke Malaysia.

"Saya diberitahu, dia (Azreen) sudah berkahwin dengan Tony tetapi saya belum ada bukti seperti sijil perkahwinan dan dokumen lain," jelasnya.

Seterusnya beliau berharap pada pertemuannya hari ini, dia akan mendapatkan pengesahan daripada keluarga Tony sendiri.

Che Ishak memberitahu, dia juga tidak sempat menanyakan soalan itu kepada Tony dan menganggapnya bukan waktu sesuai tetapi cuma sempat menyampaikan pesan kepada lelaki berkenaan.

"Bagaimanapun saya sudah bercakap dengan Tony agar memujuk Azreen untuk berjumpa sekali lagi esok (hari ini)... mungkin banyak perkara yang dia sembunyikan daripada saya selama ini.

"Saya hendak tahu mengapa dan kenapa dia memilih untuk melarikan diri daripada kami selama ini," ujarnya.

Sementara itu, pegawai kaunselor di rumah kebajikan itu, Ibu Yuni pula memberitahu, pertemuan tersebut terpaksa diadakan secara tertutup berikutan tekanan dan ketidakstabilan emosi Azreen.

http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment