16 April 2008

Harga minyak dunia naik dan terus naik

Harga minyak catat rekod baru

KUALA LUMPUR 15 April - Harga minyak mentah global mencatatkan rekod tertinggi apabila melonjak melepasi AS$112.55 (RM355.65) setong berbanding AS$112.10 (RM354.23) pada 10 April lalu.

Peningkatan sebanyak AS$0.79 (RM2.49) berbanding AS$111.76 (RM353.16) semalam, didorong oleh kejatuhan nilai dolar serta bekalan minyak mentah ke Amerika Syarikat (AS) dan gangguan pembekalan di beberapa kawasan lain.

Ketua Penganalisis MIMB Investment Bank, Pong Teng Siew berkata, peningkatan itu disebabkan oleh penurunan nilai dolar yang berterusan.

''Faktor utama kenaikan berikutan perkembangan mata wang AS yang lemah dan mendorong pelabur beralih kepada komoditi seperti minyak dan emas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau meramalkan kedudukan mata wang AS akan terus terjejas ekoran hasrat Rizab Persekutuan AS menurunkan sekali lagi kadar faedah yang dijadualkan pada 30 April ini.

Tindakan penurunan tersebut dipercayai langkah terakhir dibuat oleh AS sehingga ekonomi negara itu kembali stabil.

Sementara itu, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam kenyataannya, menjangkakan pertumbuhan permintaan terhadap minyak dunia meskipun harga komoditi itu terus meningkat.

http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment