15 April 2008

Polis berniat jahat (mala fide) - Syed Husin

Video penuh ucapan Anwar sempena Black 14

Black 14: Pemimpin KeADILan Disiasat Polis

Kuala Lumpur, 15 April - Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga lagi pemimpin KeADILan disiasat polis berhubung perhimpunan Black 14 yang diadakan pada malam 14 April lalu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tiba di kediaman Presiden KeADILan di Bukit Segambut seawal jam 6 pagi lagi bagi menyerahkan notis untuk hadir memberi keterangan.

Walaubagaimanapun apabila pihak polis dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang tidak berada di kediamannya pada pagi itu, beliau diminta untuk tampil ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 3 petang kemudiannya.

Notis dibawah seksyen 111 (1) kanun Prosedur Jenayah menyatakan keempat-empat pemimpin KeADILan itu disiasat dibawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 149Kanun Keseksaan Kes Perhimpunan. Notis ditandatangani oleh Pegawai Siasatan Jenayah Dang Wangi, Assisten Superintenden Ananthan Rajoo.

Notis yang sama turut diserahkan kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim serta setiausaha sulit beliau Yahya Sahri, di kediaman Khalid Ibrahim di Bukit Damansara semasa beliau sedang mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar. Manakala Naib Presiden KeADILan Azmin Ali turut diberi notis hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan polis mendakwa perhimpunan di padang bersejarah itu adalah perhimpunan ‘haram’ dan tidak mempunyai permit polis. Pada malam 14 April, lebih 20,000 manusia berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menyambut hari pembebasan Anwar Ibrahim dari kekangan politik.

Tanda solidariti itu diperkukuhkan lagi apabila hampir 20,000 lagi manusia disekat polis di sekitar perimeter kelab bersejarah itu yang pernah menyaksikan kebangkitan gerakan menuntut kemerdekaan 1949. Lebih 300 polis berkawal termasuk 10 trak FRU dan meriam air.

Tindakan Polis Ugutan Politik

Sebagai respon kepada kunjungan polis itu, Timbalan Presiden Syed Husin Ali mengadakan sidang akhbar tergempar pada jam 11 pagi bagi memberi butiran lanjut berhubung kejadian awal pagi itu.

Syed Husin berkata KeADILan membantah tindakan polis keatas Dr Wan Azizah, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Yahya Sahri sebagai cubaan provokasi dan ugutan politik. Tambah Syed Husin, satu laporan polis telah dibuat berhubung perhimpunan 14 April itu.

“KeADILan membantah keras tindakan terhadap Wan Azizah, Khalid Azmin dan Yahya. Mereka dipanggil polis untuk hadir ke Balai Polis Dang Wangi pada 3 petang hari ini. Mereka hanya akan pergi selepas menerima salinan laporan polis yang difailkan terhadap mereka,” tegas Dr Syed Husin.

Peguam Latheefa Koya, selaku mewakili keempat pemimpin KeADILan itu, berkata pihaknya akan menulis surat kepada polis bagi mendapatkan salinan laporan yang dibuat sebelum menetapkan tarikh dan masa untuk hadir dan memberi kenyataan.

http://www.suarakeadilan.com

PKR bantah keras tindakan polis

PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan polis terhadap beberapa pemimpin kanan parti itu berhubung perhimpunan 'Black 14' di Kampung Baru malam tadi.

Mereka yang sedang dalam siasatan termasuklah presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, naib presiden Azmin Ali dan pembantu khas menteri besar itu Yahya Shari.

"Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini.

"Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat," kata Syed Husin.

Menurutnya, pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman.

"Dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008.

"Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut," kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin PKR itu sebagai "satu bentuk ugutan dan provokasi".

"Mereka begitu cepat sekali bertindak ke atas pemimpin-pemimpin ini selepas menerima aduan.

"Kami harap secara adil, pihak polis bertindak cepat juga apabila menerima aduan tentang hal-hal lain daripada pihak kami atau pihak-pihak lain," tegasnya.

Syed Husin berkata pihaknya menganggap tindakan tersebut sebagai "berniat jahat" (mala fide).

"Satu pertemuan telah diadakan antara pihak polis (termasuk timbalan ketua polis Kuala Lumpur dan lain-lain), wakil penganjur (Yahya Shari) yang juga pembantu khas menteri besar Selangor dan wakil-wakil Kelab Sultan Sulaiman (Datuk Rahman dan Datuk Mokhtar)

"Penjelasan telah diberi tentang program perhimpunan. Penjelasan ini diikuti secara bertulis oleh pihak penganjur dan juga oleh menteri besar Selangor sendiri.

"Status perhimpinan itu dari segi undang-undang tidak pernah timbul dalam perbincangan ataupun surat-menyurat yang berikutan. Perhimpunan itu diadakan di kawasan persendirian.

"Seperti yang diketahui pihak polis, perhimpunan itu berjalan secara aman dan terkawal," tegas Dr Syed Husin sambil menambah ia diadakan dengan teratur dalam lingkungan kawasan Kelab Sultan Sulaiman.

"Perhimpunan itu telah diberhentikan selepas pegawai polis meminta saudara Anwar Ibrahim menamatkan ucapan.

"Tidak ada bantahan daripada perhimpunan, penganjur atau Anwar sendiri terhadap tindakan polis (untuk bersurai malam tadi). Segalanya berakhir dengan aman dan baik pada jam 10.30 malam," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkata, beliau tidak dapat pergi ke balai polis petang ini untuk memberikan kenyataan.

"Jadual saya penuh hari ini. Saya tidak dapat ke (balai polis) Dang Wangi," katanya.

Pada masa yang sama, para peguam PKR juga menuntut untuk melihat laporan polis berhubung perkara tersebut sebelum memutuskan sama ada pemimpin-pemimpin PKR terbabit akan memberi kenyataan mereka.

Wan Azizah berkata, Anwar juga tidak berada dalam negeri kerana telah berlepas ke Abu Dhabi awal pagi ini.

Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di kelab bersejerah itu malam tadi.

Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap Anwar esok.

Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.

Menurutnya, polis meminta program itu dihentikan kerana jumlah orang ramai semakin besar daripada jangkaan awal, kira-kira 10,000 orang.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment