15 April 2008

Malang Utusan, tidak dipercayai di negara sendiri

"Utusan belum selesai lagi pilihanraya" Anwar

KL: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi membolehkannya menjadi ahli Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih memikirkan masa yang sesuai.

''Saya tidak tahu sama ada pada tahun ini atau tahun depan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu,'' katanya kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini malam ini.

''Utusan Malaysia belum selesai pilihan raya lagi, tolong bagi tahu orang Utusan, yang belum selesai ialah masalah kepimpinan dalaman UMNO, bukan pilihan raya," katanya sinis.
'Black 14' merupakan sambutan tahunan sempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman untuk kes pertama pada 1999.

Bagaimanapun Anwar menegaskan tumpuannya sekarang adalah untuk memantapkan pakatan pembangkang bagi meyakinkan kemampuan dan kepentingan gabungan tiga parti itu.

Ini kerana katanya, perjuangannya kini bukan untuk kepentingan individu.

Anwar, 57, yang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan rasuah pada 2004 dilarang aktif semula dan menyertai mana-mana parti politik sehingga tempoh berakhir esok.

Walaupun tidak diberi permit oleh polis, kira-kira 10,000 penyokong Anwar membanjiri Kelab Sultan Sulaiman.

Bagaimanapun, perhimpunan itu bersurai secara aman setelah diarah oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pada pukul 10.30 malam.

Menurut Anwar, pakatan pembangkang hanya bersedia mengambil alih kerajaan sekiranya pihaknya dapat memperolehi majoriti selesa.

Beliau mendakwa, terdapat segelintir ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai pakatan pembangkang.

''Kalau dapat direalisasikan, pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan dalam masa terdekat," katanya.

Ditanya sama ada beliau ingin menjadi Perdana Menteri, Anwar memberitahu, matlamat sekarang bukan bersifat individu dan akan dibincangkan bersama rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Pada sidang akhbarnya, beliau tidak membenarkan wartawan Utusan Malaysia hadir sama pada majlis itu.

''Utusan Malaysia belum selesai pilihan raya lagi, tolong bagi tahu orang Utusan, yang belum selesai ialah masalah kepimpinan dalaman UMNO, bukan pilihan raya," katanya sinis.

http://klpos.com

No comments:

Post a Comment