12 April 2008

Persatuan bantu pujuk Sufiah

KUALA LUMPUR: Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom mencabar akhbar tabloid News of The World yang menyiarkan kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, turut membantu wanita itu kembali ke pangkal jalan dengan memujuk Sufiah mendapat rawatan perubatan Islam secara bersepadu.

Presidennya, Hamidi Abdul Rahman, berkata rawatan sebulan di lokasi rahsia yang hanya diketahui persatuan dan akhbar berkenaan dapat merungkai punca Sufiah, janda muda berusia 23 tahun itu menjadi pelacur sama ada atas masalah keluarga atau keadaan semasa.

Beliau yakin selepas tempoh rawatan itu, Sufiah akan memberitahu dunia kisah hidupnya dan membuat pengakuan berbeza berbanding yang dilaporkan akhbar itu sebelum ini.

“Usaha ini dibuat kerana kami masih yakin Sufiah memerlukan bantuan dan tidak gembira dengan cara hidupnya sebagai teman sosial. Kami mencabar akhbar News of the World menghubungi Sufiah dan meyakinkan beliau menerima rawatan yang disediakan.

“News of the World berjaya memujuk Sufiah menanggalkan pakaiannya dan tiba masanya akhbar itu memujuk Sufiah menemui kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment