TERKINI: "Tidak benar Perhimpunan Black 14 ditangguhkan"
PENYELARAS program perhimpunan Black 14, Badrul Hisham Shaharin menafikan khabar angin yang tersebar kononnya perhimpunan yang bakal diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada 14 April ini ditangguhkan.
Menurut Badrul, himpunan sambutan rakyat meraikan pembebasan dan kembalinya Anwar Ibrahim ke persada politik secara sah tanpa sekatan undang undang amat dinantikan. Perhimpunan akan diteruskan seperti yang telah diumumkan, sebarang usaha pengumuman batal ialah usaha jahat yang cuba mensabotaj
"Saya baru lepas sertai mesyuarat dengan pemimpin parti, semua pemimpin utama parti tersebut ADUN dan Ahli Parlimen PKR akan hadir pada hari tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta KLpos.com mengulas mengenai email yang tersebar kononnya perhimpunan tersebut ditangguhkan.
Email yang turut diterima KLpos.com tersebut berbunyi begini; Berita terbaru, Perhimpunan Black 14 akan ditangguhkan sehingga diberitahu kerana Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang padat sepanjang minggu depan. Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) tarikh baru bagi perhimpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak Dato Seri Anwar, beliau memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan penangguhan perhimpunan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali. Setiap maklumat terkini akan diumukan secepat mungkin bagi merialisasikan Perhimpunan Black14 ini.
Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun bermula dari tahun 1999, tarikh di mana Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun oleh mahkamah tinggi kerana tuduhan rasuah dan salah laku.
http://klpos.com
No comments:
Post a Comment