12 April 2008

Shahrir dengan sebuku roti

Shahrir saran rakyat makan 'roti kosong' – rakyat minta Shahrir jangan ‘cakap kosong’.

Shahrir tidak ada bezanya dengan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini yang hanya mampu menjadi penasihat kepada pengguna bagaimana memilih barangan, bukan sebagai Menteri yang diberi kuasa oleh rakyat bagi memperjuangkan hak rakyat untuk menikmati harga barangan yang lebih rendah.

Shahrir Samad menyarankan rakyat membeli 'roti kosong' yang diperbuat daripada tepung berprotein rendah kerana harganya lebih murah dan menjimatkan.pengguna.

Beliau berkata roti yang diperbuat dari tepung berprotein rendah disenaraikan sebagai barang kawalan, tepung gandum berprotein tinggi yang telah diperkaya lebih mahal kerana ia tidak dikawal oleh kerajaan.

Saranan Shahrir mengingatkan kita semua cadangan Najib Razak suatu masa dulu, setelah menaikkan harga minyak, beliau menyarankan rakyat menukar cara hidup, sedang pemimpin tidak perlu menukar cara hidup.

Selain dari itu Shahrir berkata tepung berprotein tinggi tidak disubsidi oleh kerajaan dan tepung bermutu rendah diberikan subsidi sebanyak RM 20.5 juta sebulan.

Tindakan ini tidak dilihat sebagai suatu cara yang tidak sihat oleh kerajaan kerana apabila kerajaan memberikan subsidi tepung yang rendah protein, bermakna kerajaan menggalakkan rakyatnya memakan roti yang kurang berprotein.

Pada kata lain kerajaan mahukan rakyatnya menikmati tahap kesihatan yang kurang dengan memakan makanan yang kurang bernutrien atau kurang zat.

Harapan rakyat kepada Shahrir yang dilihat tegas dan lantang menyuarakan kepentingan rakyat, meleset samasekali apabila beliau juga hanya mampu menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membenarkan pengimportan ayam proses sebagai langkah mengurangkan harga ayam.

http://buletinonline.net

No comments:

Post a Comment