08 April 2008

Pembunuh Nurul Anira diburu

KOTA BHARU 7 April - Polis hari ini mengesahkan Nurul Anira Che Rosik, 17, yang mayatnya ditemui dalam kebun getah di Kampung Chegar Bedil, Kuala Balah, Jeli, petang semalam, mati dibunuh.

Mayatnya yang ditemui pada pukul 6 petang kira-kira 500 meter dari rumahnya berada dalam keadaan separuh bogel dengan tangannya diikat menggunakan akar pokok dan kain tudung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberitahu, mayat gadis malang itu diliputi daundaun buluh dan ranting serta terdapat beberapa kesan calar pada tubuhnya.

Beliau menambah, pakaian mangsa turut ditemui berselerak tidak jauh dari tempat kejadian.

Abdul Rahim bagaimanapun, enggan mengulas lanjut kerana pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mayat mangsa.

''Setakat ini, polis juga belum dapat mengenal pasti punca kematian dan masih menunggu laporan bedah siasat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, beliau menyerahkan tujuh kenderaan pacuan empat roda kepada balai-balai polis di kawasan sempadan iaitu Pasir Mas, Tumpat, Gua Musang, Jeli, Dabong, Bukit Yong, Pasir Puteh dan Kuala Tiga di Tanah Merah.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, pelajar yang dilaporkan hilang Sabtu lalu, Nurul Anira ditemui mati dalam kawasan kebun terpencil di kampung berkenaan, petang semalam.

Mangsa dikatakan berulang alik ke Sekolah Menengah Jeli (1) dengan menaiki bas yang jaraknya kira-kira 30 kilometer sebelum berjalan kaki ke rumahnya kira-kira satu kilometer.

Gerakan mencari dilancarkan apabila ibu mangsa Rosnani Rahim 44, membuat laporan polis pada pukul 8 malam hari kejadian selepas anaknya yang menghadiri kelas tambah di sekolah pada sebelah pagi tidak pulang ke rumah.

Abdul Rahim tidak menolak kemungkinan mangsa menjadi sasaran penjenayah di kawasan yang terpencil itu.

''Kita melancarkan gerakan mengesan suspek yang disyaki membunuh pelajar itu tetapi setakat ini masih belum mengenal pasti penjenayah terbabit,'' katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

http://www.utusan.com.my

JELI: A 17-year-old girl was found murdered on Saturday, her body buried barely 500m from her home in Kampung Chengal Bedil, Kuala Balah, in Kelantan.

According to police, the victim was raped and strangled.

The family of Nurul Anira Che Rosik had lodged a missing person's report at 7pm on Friday.

Before that, a search party had looked for her after she failed to return from tuition at her school but the search was called off when darkness set in.

The search continued the next day, this time with the help of a police tracker dog.

At 7pm, the search party found the first clue when a sandal and a soft-cloth hairband was found in a shallow ravine in a rubber smallholding near her home.

The tracker dog later sniffed out a mound of earth near a clump of bamboo. This turned out to be Nurul Anira's grave.

Her half-naked body, with her hands tied at the front with her tudung, was sent to the district hospital for a post-mortem.

District police chief Deputy Superintendent Mohd Hanifah Abdul Malik said the post-mortem findings were that Nurul Anira had been raped, then strangled.

The victim's parents, who are divorced, were besides themselves with anguish at the district hospital mortuary yesterday.

Nurul Anira's father refused to speak to reporters but her teary-eyed mother, Rosnani Rahim, 44, said she could not believe such a thing had happened to her daughter, the fifth of six siblings.

Rosnani said Nurul Anira had left home for school on Friday morning clad in a baju kurung and tudung.

The routine was a kilometre walk to the main road, where she would board a bus to her school, SM Jeli 1.

Classes that day were held until 1pm. Rosnani said the family began to worry when Nurul Anira did not return after that. They waited until evening before lodging a report at the Jeli police headquarters.

"As usual, she left the house after taking a simple breakfast and told me she would meet her friends at the bus stop. She would normally return after zohor prayers.

"When she had not come home by maghrib prayers, I was panicky and asked neighbours to help me search for her. When we failed to find her, I lodged the report.

"At that time, I really believed that she had been kidnapped. Never did it cross my mind that she might have been murdered," said Rosnani.

Villager Che Noh Mat Hussin said the rubber smallholding where Nurul Anira's body was found was isolated but sometimes used by villagers as a shortcut to the main road.

"This is the first time something like this has happened in our village. This place usually does not have any crime," said the rubber tapper who was a member of the search party that found the girl's body.

No comments:

Post a Comment