Aktivis siswa UM disiasat polis
Seorang pelajar Universiti Malaya disiasat polis berhubung pembabitannya ketika kempen pilihanraya umum lalu di Rembau.
Azlan Zainal, presiden penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), memberitahu Malaysiakini, seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya di kampus universiti itu minggu lalu.
Pegawai polis daripada ibu pejabat polis Negeri Sembilan ingin mendapatkan maklumat peribadinya dan juga penjelasan lanjut berhubung kenyataan akhbarnya di Dataran Senawang pada 2 Mac lalu.
Menurut Azlan, pertemuan pegawai itu dengan beliau memakan masa dua jam pada Isnin lepas di pejabat ijazah dasar, Akademi Pengajian Islam - tempat beliau menuntut dalam jurusan bioteknologi dan agama di peringkat semester terakhir.
PMN, dalam kenyataan bulan lalu, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dua calon generasi muda yang bersaing merebut kerusi parlimen Rembau - Khairy Jamaluddin yang mewakili BN dan Badrul Hisham Shaharin (PKR).
Kerusi itu dimenangi Khairy, yang juga naib ketua Pemuda Umno, pada 8 Mac.
Kenyataan itu mengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mendakwa perdana menteri "memperalatkan mahasiswa untuk membantu kempen dan memperalatkan mereka untuk menyokong BN" seperti satu program di Putrajaya pada 1 Mac.
Parti itu cuba meletakkan calon di Kepala Batas untuk mencabar Abdullah.
Bagaimanapun, menurut parti yang baru memohon pendaftaran awal tahun ini, calonnya dihalang oleh polis untuk masuk ke dewan tempat pencalonan.
Azlan berkata polis atau pihak universiti tidak pernah menyiasat atau mengambil tindakan terhadap pembabitannya di Kepala Batas.
Setakat ini juga, katanya lagi, beberapa lagi pemimpin dan aktivis PMN tidak dikenakan sebarang tindakan.
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pelajar tahun akhir berhubung pembabitannya dalam kempen pilihanraya umum ke-12.
Meor Isfandi Meor Azizan, yang dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu esok, telah digantung pengajiannya.
Beliau dihalang menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melarangnya mengambil keputusan penuh.
http://www.malaysiakini.com
P'raya 8 Mac: Siswa UIA kena tindakan
Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam pilihanraya umum lalu.
Meor Isfandi Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik, dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu pada Selasa depan.
Menurut surat universiti, katanya kepada Malaysiakini, UIA telah menggantung pengajiannya dan menahan beliau menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
UIA juga melarangnya mengambil keputusan penuh.
"Oleh sebab itu, saya telah tergendala untuk memohon mana-mana kerja kerana saya gagal menunjukkan transkrip penuh dan mungkin juga saya ditahan daripada menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelasan teknikal lain yang diwajibkan ke atas seorang graduan," kata Meor Isfandi.
Beliau bagaimanapun mendakwa telah tamat pengajian penghujung tahun lepas apabila berakhir peperiksaan pada November lepas.
"Adakah saya masih digelar pelajar sedangkan saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan?
"Adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya selepas saya sempurnakan pengajian saya?" katanya.
Selepas tamat peperiksaan, katanya, beliau mula mengurus kehidupannya sebagai seorang pemuda yang telah tamat pengajian.
"Saya menjalani hidup biasa, mencari kerja dan mencari tawaran-tawaran di universiti-universiti lain untuk menyambung pelajaran saya di peringkat sarjana," kata Meor Isfandi dalam mesej emel.
"Saya juga terlibat dalam pilihanraya umum lalu kerana ia menjadi tanggungjawab sosial dan hak saya sebagai warganegara Malaysia."
UIA mempunyai pandangan berbeza - Meor Isfandi masih seorang pelajar sehinggalah tamat pengajian dan tertakluk kepada peraturan universiti, kata penolong pengarah unit perundangannya, Mohamad bin Mos, kepada Malaysiakini.
Meor Isfandi juga berkata UIA "tidak profesional" mengendalikan kesnya - mengenakan tindakan sebelum beliau mengemukakan buktinya.
Prosiding terhadapnya ditetapkan pada 8 April ini.
Beliau mendakwa, UIA hanya mengirim mesej emel dan menelefon beliau memaklumkan tentang prosing - tetapi Mohamad menafikannya.
Pegawai itu berkata universiti menggunakan beberapa kaedah untuk memaklumkan kepada pelajar, termasuk surat selain emel dan telefon.
http://www.malaysiakini.com
Sebelum ini, Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tan Sri Sanusi Junid melantik dirinya sebagai "Nujum Pak belalang" apabila meramalkan orang Melayu akan mengalami satu lagi krisis besar pada tahun 2023 selepas ketewasan teruk Umno dalam pilihanraya umum 2008 dalam majlis yang dihadiri Dr. Mahatihir yang kuat mengasak Pak Lah melepaskan jawatannya.
Sila lawati Blog Mior Isfandy Mior Azizan di http://miorisfandy.blogspot.com
No comments:
Post a Comment