05 April 2008

Kita tidak membeli MP kerana kita tidak ada duit, bagaimana jika kita berduit, Azmin Ali

31 Ahli Parlimen KeADILan sedia beri laluan pada Anwar - Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 5 April (Hrkh) - Kesemua 31 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing bagi memberi laluan kepada Ketua Umum parti tersebut, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Naib Presiden parti itu, Azmin Ali, bagaimanapun tidak menyatakan kerusi mana yang terlibat.

Ini katanya, jika dimaklumkan strateginya, dibimbangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjalankan peranannya bagi mengotorkan daftar pemilih di kawasan berkenaan.

Menurutnya lagi, mereka perlu mengikut prosidur terlebih dahulu iaitu menunggu sehingga keputusan pilihan raya diwartakan iaitu selepas 60 hari, kemudian baru boleh diadakan pilihan raya.

"Sebenarnya kita tidak perlu tergesa-gesa dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) sedang menelitinya," katanya kepada wartawan semasa menghadiri Majlis Jamuan Rakyat bersama Adun Ulu Kelang, Shaari Sungib dan beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Gombak di Dewan Serbaguna AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah untuk mendapatkan 30 kerusi parlimen bagi mencukupkan kerajaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Sebenarnya jumlah kerusi tersebut makin hampir dan jika itu berlaku pilihan raya akan berlaku," katanya.

Katanya hampir 30 Ahli Parlimen BN menemui Anwar dan menyatakan mereka mahukan seorang ketua yang kuaat dan berwibawa untuk memimpin negara ini.

Ahli-ahli Parlimen tersebut katanya, biarpun mereka bukan orang Malayu tetapi mereka yang berbangsa Cina, India ataupun Kadazan berharap ketua itu mesti orang Malayu Islam dan diterima baik pelbagai kaum.

"Dalam konteks ini mereka merasakan orang tersebut adalah Anwar Ibrahim," katanya.

Mengulas mengenai cadangan pindaan undang-undang keluar parti itu, beliau berkata, orang umno tidak perlu keluar parti.

"Apa yang perlu mereka buat ialah mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila memasuki parlimen nanti," katanya.

Tindakan tersebut katanya bukan lompat parti bahkan katanya Ahli Parlimen BN tidak bimbang walaupun ada undang-undang yang mahu digubal.

"Maknanya dia tidak lompat, sebab itu saya bagi tahu pemimpin Umno dan BN jangan bimbang walaupun ada undang-undang halang lompat parti," jelasnya.

Beliau berkata ramai ahli Umno menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Abdullah.

"Kita mahu suara ahli parlimen membawa suara sentimen tidak puas hati ahli di akar umbi untuk menyatakan undi tidak percaya mereka di parlimen," katanya.

Katanya mereka boleh membawa pendirian tersebut dengan segera kerana kepimpinan mereka terlalu lemah.

Dalam pada itu, katanya, itu adalah salah satu pilihan jika mereka tidak mahu melompat parti.

"Kami mengalu-alukan tindakan tersebut selain menjadi ahli KeADILan ataupun mengadakan pilihan raya.

"Tidak timbul untuk kita membeli MP kerana kita tidak ada duit, yang kita perlu adalah 30 kerusi lagi," katanya.

http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment