06 April 2008

5 Kanak-kanak Palestin Di culik

Sejumlah besar askar-askar Rejim Zionis pagi Selasa lalu menceroboh bandar Salfit, utara Tebing Barat sambil melepaskan tembakan untuk dua hari berturut-turut dan menculik lima kanak-kanak Palestin dari rumah-rumah dan jalan-jalan di bandar tersebut.

Saksi-saksi penduduk Palestin melaporkan bahawa konfrontasi berlangsung antara penduduk dan tentera sambil menambah askar Israel menggeledah rumah-rumah di bandar itu serta menyoal siasat beberapa penduduk dan membandingkan mereka dengan gambar-gambar milik askar terbabit.

Dalam konteks berkaitan, radio Yahudi melaporkan dua orang peneroka Israel mengalami kecederaan parah berikutan serangan-serangan roket yang dilepaskan oleh kumpulan penentang Palestin di Natev Hatsrah di tanah penduduk Palestin yang dirampas pada 1984 serta menambah mereka telah dibawa ke sebuah hospital di Ashkelon.

Dalam pada itu, Briged Qassam, sayap puak bersenjata Hamas telah mengumumkan dalam satu kenyataan yang diterima PIC lalu bahawa pagi Selasa lalu pejuang-pejuangnya telah membedil empat buah kereta kebal di pos tentera Israel Kissufim di timur Khan Younis manakala tujuh buah yang lain di pos tentera di timur kem pelarian Breij.

Kenyataan itu memberitahu serangan ini dilakukan sebagai tindakan balas serangan mendadak Israel dan berterusan di bandar Gaza dan Tebing Barat.

http://palestinkini.info

No comments:

Post a Comment