20 April 2008

Baru jumpa ubat jerawat?

Saintis jumpa ubat jerawat

LONDON: Sekumpulan saintis Britain mendakwa menemui 'penawar' bagi mengatasi masalah jerawat, satu masalah sejagat yang dialami ramai, khususnya di kalangan remaja.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan, saintis di sebuah firma penyelidikan, Summit Corporation yang berpejabat di Oxford, mendakwa ubat dikenali SMT D002, boleh menyekat sehingga 90 peratus penghasilan sebum atau minyak yang dikeluarkan kulit dan menjadi punca jerawat.

Pada masa ini, ubat berkenaan dalam bentuk pil dan digunakan bagi merawat masalah selain jerawat. Tetapi, sebuah syarikat farmasi kini merancang menghasilkannya dalam bentuk krim agar dapat digunakan dengan lebih mudah.

Penyelidik juga percaya ia mampu memberikan rawatan yang berkesan seperti asid retinoic, sejenis vitamin A yang ketika ini digunakan bagi merawat kes jerawat dan jeragat yang serius.

Malangnya, Roaccutane yang berasaskan vitamin A berkenaan, sebaliknya dikaitkan dengan kejadian bunuh diri di kalangan mereka yang mengalami masalah jerawat. –Agensi

No comments:

Post a Comment