08 March 2008

SPR nafi kertas undi tersebar di Selangor

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa terdapat kertas undi yang telah diedarkan di sekitar Selangor.

Setiausahanya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata dakwaan itu tidak berasas dan kertas undi tidak boleh dikeluarkan oleh pegawai pengurus pilihan raya sehingga hari ini.
"Tidak betul... Tidak ada kertas undi tersebar di Selangor atau manamana negeri sekalipun," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Operasi SPR di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sejurus menerima panggilan memaklumkan kepadanya mengenai tindakan sebuah parti pembangkang menimbulkan kekecohan di Selangor berhubung terdapat kertas undi yang didakwa sudah tersebar.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi maklumat terperinci mengenai dakwaan tersebut.

Katanya kertas undi adalah antara peralatan pilihan raya yang dikawal ketat SPR dan polis serta hanya dikeluarkan mengikut prosedur ditetapkan. BERNAMA

No comments:

Post a Comment