08 March 2008

FRU menyembur gas di Rusila & Anak TG Hj Hadi ditangkap

FRU dengan beberapa buat trak telah menyembur gas pemedih mata kepada orang ramai di hadapan Masjid Rusila untuk menyuraikan rang ramai yang berada di situ. Peristiwa ini berlaku ekoran daripada penahanan 2 buah bas yang dipercayai membawa penumpang luar Terengganu. Bas tersebut membawa semua wanita.

Anak Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Mohd Khalil (masih belajar untuk PHD) telah ditangkap polis dengan tuduhan sebagai ketua rusuhan tersebut.

FRU bertindak biadap menyebur gas pemidih mata kepada sesiapa sahaja yang berada dihadapan Masjid Rusila, disekitar jalan tersebut dan sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang lalu di situ.

Melihat tindakan biadap FRU ini orang ramai dan penduduk setempat datang semakin ramai untuk memebrikan sokongan. Ada juga mereka yang tak terbabit, lalu di situ untuk mengundi pun terkena semburan gam pemidih mata ini.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi kebetulan baru pulang daripada melawat tempat mengundi juga terkena semburan tersebut menurut pengiring beliau Al Ghaib yang juga salah seorang pembantu webmaster TKO.

Komen sepintas lalu orang ramai menyebut cara polis dan FRU bertindak adalah tidak profesional dan boleh mencetuskan huru-hara.

KEMASKINI 1.50 PM
10 orag telah ditangkap ekoran kejadian ini, mereka antara yang dituduh merosakkan 3 buah kereta polis.

- http://www.tranungkite.net

No comments:

Post a Comment