30 March 2008

Seorang Lelaki ditahan kes ‘Kami Nak Deris, Natang”

Kuala Terengganu, 29 Mac – Polis telah menahan seorang lelaki yang terbabit dalam kes menaikkan kain rentang “kami nak Deris, natang”, tengah malam kelmarin. Lelaki yang berusia 20-an, bekerja di sebuah sekolah memandu di Besut, berasal dari Kuala Besut disyakki terbabit dalam hasutan menghina Institusi Raja Berpelembagaan sewaktu mengadakan Himpunan Haram menyokong bekas Menteri Besar di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, Seri Iman 23 Mac lalu.

Sumber Media Perdana melaporkan lelaki tersebut ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, mengesahkan lelaki tersebut adalah salah seorang daripada empat lelaki yang memegang kain rentang yang menimbulkan kontroversi itu.

Manakala tiga lagi lelaki yang terbabit memegang kain rentang tersebut sedang diburu.

Mohd Fauzi berkata, lelaki yang ditahan kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

http://buletinonline.net

No comments:

Post a Comment