25 March 2008

Rais Yatim Tegaskan Ku Li Berhak Tanding Jawatan Presiden UMNO

Tengku Razaleigh berhak tanding Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 25 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebagai ahli parti, Tengku Razaleigh Hamzah berhak untuk bertanding merebut jawatan Presiden.

Beliau berkata, ia boleh dilakukan dengan syarat mematuhi Pasal 9(5) Perlembagaan UMNO iaitu setiap individu yang akan bertanding perlu mendapat sokongan daripada 30 peratus bahagian di seluruh negara.

Tambah Rais, budaya cuba menakutkan mana-mana pihak daripada membuat perubahan dalam UMNO adalah tidak wajar kerana ia bertentangan dengan sikap masyarakat yang mahu berubah. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment