KUALA LUMPUR: PAS yang tetap berkeras tentang kewujudan "pengundi hantu" Isnin menyatakan kesanggupannya untuk mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir berkata parti itu mempunyai bukti lengkap mengenai dakwaan pengundi hantu di dalam daftar pemilih SPR termasuk pendaftaran berulang.
"PAS akan mengemukakan bahan bukti kepada SPR dalam tempoh baki kempen yang cuma tinggal lima hari saja lagi," katanya kepada pemberita di sini.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa beliau percaya pengundi yang didakwa itu merupakan anak tempatan yang merantau ke negeri lain dan berdaftar di tempat sendiri.
Mengenai cadangan PAS debat diadakan antara pemimpin parti itu dengan pemimpin Barisan Nasional (BN), beliau berkata sehingga kini PAS masih belum menerima jawapan rasmi daripada BN. BERNAMA
No comments:
Post a Comment