MB Terengganu : Ramai Yang Mulai Menyokong Ahmas Said
Semua ketua UMNO bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketua-ketua UMNO bahagian di Terengganu sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menggalas tugas menerajui kepimpinan negeri itu.
“Ada ADUN BN yang tidak mendapat maklumat sebenar berhubung pelantikan Menteri Besar. Kami berharap semua ADUN BN mengutamakan kepentingan parti bukannya kepimpinan individu. Kepimpinan boleh datang silih berganti,” katanya di sini
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu itu sendiri tidak seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh parti tersebut selama ini terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Malah katanya, perbuatan menentang keputusan yang dibuat oleh MPPR oleh UMNO Terengganu seperti ‘meludah ke langit, terkena muka sendiri’.
‘‘Saya minta mereka hentikan perkara mengarut ini, jangan sampai rakyat hilang keyakinan,’’ ujarnya di sini
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar raya ini mendapati, rakyat berpendapat, keputusan yang dibuat oleh MPPR perlu diterima bagi mengelak dituduh menderhaka kepada istana.
Baginda Sultan mempunyai sebab-sebab tertentu untuk tidak berkenan melantik Idris sebagai MB. PM Abdullah Badawi , Idris Jusoh beserta 23 ADUN Trengganu yang terlibat , terang-terangan telah derhaka kepada Sultan Trengganu dengan menolak perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Mereka telah melanggar prinsip Rukunegara : Kesetian kepada Raja dan Negara.
http://alhusseyn51.blogspot.com
2,000 penyokong sambut Ahmad Said di Kemaman
Petikan malaysiakini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, akan memulakan khidmatnya esok sebagai menteri besar baru Terengganu, katanya dalam ucapan di kediamannya di Telok Kalong, Kemaman.
Beliau sebelum itu menerima sambutan meriah kira-kira lebih 2,000 penyokongnya sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari sempadan Kuantan-Kemaman sehingga ke rumahnya kira jam 5.30 petang tadi.
Dalam ucapan kira-kira 20 minit, Ahmad menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya.
"Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya.
"Saya akan bekerja sebaik mungkin."
Menurut sumber-sumber yang hadir di majlis itu, Ahmad juga berkata beliau akan ke pejabat menteri besar esok di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Ahmad diiringi oleh kawalan ketat polis, termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara, sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini.
http://www.detikdaily.net
MB Terengganu akan angkat sumpah bersama Exco
KUALA TERENGGANU 24 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru semalam, akan mengangkat sumpah jawatan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipilihnya dalam upacara yang akan ditentukan kelak.
Pengelola Istana Terengganu, Mohd. Yasim Awang ketika dihubungi berkata, setakat ini tarikh majlis angkat sumpah berkenaan belum diketahui.
``Angkat sumpah Menteri Besar Terengganu akan dilakukan bersama-sama dengan pelantikan ahli Exco kerajaan negeri.
``Setakat ini tarikh (angkat sumpah) tidak tahu lagi bila tetapi seperti tarikh pelantikan (semalam), akan dimaklumkan sehari sebelum itu,'' ujarnya. – Utusan.
Tidur Idris diganggu ketua bahagian
krisis pencalonan rupa-rupanya terus menghantui Idris apabila majoriti ketua bahagian tetap membantah pengerusi BN negeri itu dilantik kembali sebagai menteri besar.
More --> http://malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment